KAK NO1 HOMESTAY TAWAU

No. 256, Lorong Ria Height 2, Taman Ria Height, Jalan Utara, 91000 Tawau, Sabah

Pengenalan dan Kelengkapan :

☑️ Rumah 2 Tingkat
☑️ 3 Bilik Tidur
☑️ 3 Katil & Tilam Saiz Queen
☑️ 3 Tandas + Baldi + Gayung + Kelengkapan Mandi
☑️ 2 Pendingin Hawa (Bilik Utama & Ruang Tamu)
☑️ 5 Buah Kipas Siling
☑️ 2 Pemanas Air/Water Heater (Tandas Tingkat Atas)
☑️ Meja dan Cermin dalam Setiap Bilik
☑️ Sterika/Papan Sterika
☑️ Mesin Basuh Automatik/Cecair Pencuci
☑️ Dapur
☑️ Peralatan Memasak (Lengkap)
☑️ Televisyen
☑️ Set Sofa + Meja
☑️ Set Meja Makan
☑️ Penyidai Pakaian /penyangkut baju/sepit
☑️ Peti Ais


Lokasi Berhampiran :

☑️ Taman Permainan (1 minit)
☑️ Kompleks Sukan Tawau (5 minit)
☑️ Pasar Taman Semarak (10 minit)
☑️ Bandar Tawau/Hospital/Balai Polis (15 minit)
☑️ Pasar Tanjung Tawau (15 Minit)
☑️ Taman Wawasan (5 minit) 
☑️ Taman Ria (10 Minit) 
☑️ Pasir Putih Tawau (10 minit) 


Syarat dan Peraturan :

☑️ Masa 'Check In' adalah dari jam 2.30 petang hingga 5 petang
☑️ Masa 'Check Out' adalah pada 12 tengahari
☑️ Deposit RM100 untuk tempahan rumah. Tidak akan dipulangkan sekiranya penyewa membatalkan sewaan
☑️ Kemukakan bukti pembayaran/screen shot/tunai
☑️ Bayaran Penuh mesti dibayar semasa mengambil kunci/check in
☑️ 10 orang penyewa sahaja dibenarkan menyewa bagi memastikan keselesaan dalam rumah dan kejiranan serta kawasan parkir. Boleh tambah sehingga maksimum 15 orang mengikut budi bicara
☑️ Dilarang sama sekali mengadakan sebarang majlis keramaian, jamuan atau family day
☑️ Penyewa terdiri daripada kaum keluarga/mahram atau rakan sejantina. Pasangan bukan mahram dilarang sama sekali
☑️ Penyewa Muslim Sahaja
☑️ Tidak dibenarkan membawa masuk minuman keras dan makanan tidak halal
☑️ Tidak dibenarkan membawa keluar apa-apa kemudahan yang disediakan
☑️ Tidak dibenarkan mengambil apa-apa barang/kemudahan yang disediakan
☑️ Tidak dibenarkan mandi di dalam tandas tingkat bawah
☑️ Matikan semua suis, sumber elektrik dan air ketika meninggalkan rumah kecuali peti ais
☑️ Matikan semua suis, sumber elektrik dan air sebaik sahaja selepas digunakan
☑️ Matikan suis water heater selepas mandi
☑️ Penyewa perlu membayar denda dalam bentuk wang tunai sekiranya berlaku apa-apa kerosakan/kehilangan/kecacatan apa-apa sahaja kemudahan dan kelengkapan rumah
☑️ Binatang peliharaan tidak dibenarkan dibawa
☑️  Meletakkan kenderaan di kawasan parkir yang disediakan dan tidak mengganggu kawasan jiran
☑️ Tidak memindah atau mengubah apa-apa kedudukan perabot dan kelengkapan
☑️ Cuci pinggan mangkuk selepas digunakan
☑️ Cabut kepala gas selepas memasak
☑️ Jaga kebersihan rumah
☑️ Buang sampah ke dalam tong sampah yang diletak di luar rumah. Jangan buang sampah di dalam tandas bagi mengelakkan tandas tersumbat
☑️ Jangan tinggalkan barang berharga di dalam homestay. Jika berlaku kehilangan harta benda semasa menginap, pihak homestay tidak akan bertanggungjawab
☑️ Pastikan langsir, jendela ditutup dan dikunci, pintu dan gril ditutup dan dikunci semasa keluar atau meninggalkan homestay. Utamakan keselamatan
☑️ Jika berlaku kecemasan, sila hubungi pihak homestay dengan segera
☑️ Borang Penerimaan dan Persetujuan Syarat dan Peraturan perlu ditandatangani sebelum menginap
☑️ Pihak homestay boleh dan berhak masuk ke dalam homestay pada bila-bila masa sekiranya perlu


Comments

Popular posts from this blog

Apa Kata Pengunjung?????